Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 3, 2011

Babysitter yang hensem!

Hak hak hak!!! Sapa lagi?? Aku laa.. kekeke.. tak laa saje jer... Hari ni mama balik... petang karang kot sampai.. tapi bila dah tengok kat tv tadi banyak sangat roadblock dan jem sampai 3 4 km... ermm.... malam laa kot sampainya... Harap harap mama dan kawan kawan dia selamat sampai laa rumah... Hari ni baru mencabar jaga AMRAFAHAN.. dari Subuh tadi sampai laa sekarang.. huhuhuhu.... tu yang baru sempat update blog sekarang nih... pagi tadi sangat bizi... huhuhu... hadoiihh ni pun dengar diorang bergaduh kat atas nih.. hehehe.. kejap yer anak anak.. abah update blog sikit.. Pagi tadi lepas mandikan dorang pastu pakai baju pakai pampers aku turun bawah buat susu... bila naik atas tengok Auni Auni Auni ni bukak pampers sendiri... dah masing masing bogel tak pakai pampers.. kalau buka pampers jer takperlah.. ini siap ada berak lagi.. hadoihh.. dah tak pasal pasal tahi tu kena bantal... hangin jerr aku... terpaksa laa cuci bantal tu... sirap bandung betul!!! tapi nak buat macam mana.. k

Abang buat rumah Transformers!

Imej
Abang sekarang ni seronok main ABC cantum cantum nih... selalu laa paksa aku buat rumah dia.. lepas tu dia masuk dalam tu... Seronok pula layan... tapi kadang kadang tensen gak... baru buat jer.. dah pecah... hadoii... tapi bagus laa dia dapat guna imaginasi dia untuk buat sesuatu... Ni laa Transformers versi Aqil

Sengalnya aku!!!

Waaa!!! Kenapa laaa aku tak terpikir dulu!!! Kan dah jadi sengal hari nih!!! Macam nih.. duluu... lama dahh... tahun lepas kot.. motor aku rosak.. lepas tu hantar laa pegi repair.. Bila dah ok tu aku guna laa... Selang baper bulan lepas tu rosak lagi... rasanya awal tahun ni rosaknya.. Kejadian berlaku bila aku dengan Aqil naik motor on da way nak balik rumah.. tetiba tiba motor semput.. lepas tu mati... aahhh sudahh!!! nasib laaa dah dekat nak sampai rumah jadi takdelah jenuh nak tolak.. Bilalah rosak tu.. aku tensen laa.. baru repair dah rosak! Hadoihhh... Aku terus letak tepi motor tu.. jadi aku gunalah kereta sebagai kenderaan utama.. Konon konon malas laa nak repair motor tu.. bior jer... sampai laaa hari ni.. Setelah hampir setengah tahun ke lebih.. aku tak guna motor tu.. aku terniat laa nak repair untuk guna masa mula kat tempat kerja baru nanti.. aku pun minta tolong sama bank rakyat.. ehhh... kawan aku untuk membantu aku menolak motor aku itu ke bengkel.. Aku laa yang tol

Nak suap sendiri!

Imej
As salam dan salam pagi, lepas aku ambil AMRAFAHAN kat taska, aku bawa laa dorang pergi makan kat luar disebabkan kerajinan abahnya untuk memasak dan mengemas rumah yang kecah nanti... huuhuhu..  Agaknya dorang ni dah biasa kot aku ajak makan kat luar jadi masing masing baik jer lah duduk dalam baby chair tu.. sekali sekala jerlah Auni Auni Auni nak bangun dari baby chair tu.. Ermm.. disebabkan dorang nih suka main sudu jadi aku beri laa dorang sudu sorang satu jadi takdelah dorang nak main benda lain or panjat panjat baby chair tu...  Lepas tu aku suapkan dorang dadih, faberet dorang nih.. suka tengok dorang makan dadih! Bila suap sorang nih, sorang lagi nak minta! "nakkk!!" kalau lambat sikit kita bagi kat dia " nak! nak! nakkk!!" haiihhh anak anak abah nih.. hehehe.. Agaknya bila dah bosan aku suap, si AF nak suap sendiri, bila aku nak suapkan dia tak nak, dia nak juga bekas dadih yang aku pegang tu.. selagi aku tak bagi bekas tu kat dia, selagi tu dia gel

Memenyekkan ayam!

Imej
Tadi aku dipaksa makan tengahari dengan budak budak opis!! Ceewahhh dipaksa kunun!! kekeke.... Yelah... kita dah sarapan nasi goreng kampung lauk ayam rendang kunyit dengan cendawan goreng... pehhh sarapan tu.. kul 10 lebih.. perut masih kenyang lagi.. tapi disebabkan dorang ajak makan kat luar aku follow jerlah... Maka kami menuju ke restoran wong solo di bandar baru bangi.. restoran masakan indonesia.. Aku order set ayam penyek, dalam set ni ada ayam penyek, nasi, tempe goreng, tahu goreng, terung dan air RO.  Sedap lahh juga!! Huhh aku nih! makan apa pun sedap! kekeke... Lepas tu member aku order set ikan keli.. nampak mabeles laaa sebab ikan keli goreng garing tu...cam menyesal pula order ayam kekeke... tamak aa aku nih! Menariknya kat restoran ni kita boleh makan bersila ada tempat khas disediakan kebetulan kami sampai meja makan penuh dan ada 1 tempat kosong tempat bersila.. jadi kami duduk laa kat situ... Huhh!! Masalah aku nih!!! Kalau duduk bersila!! Sangkut perut! kekeke.

Haishh!! Bergaduh lagi!!

Imej
As salam dan selamat pagi! Haishhh... pagi ni aku lambat lagi!! huhuhu... siapkan AMRAFAHAN, kemas beg buat susu dan hantar dorang ke sekolah!! Lambat lambat lambat!!! On the way ke taska dorang.. Auni Auni Auni di semua duduk depan.. bila semua dah duduk depan maka terjadilah pergaduhan lagi!!! haisshhh!!! Abah biarkan aja!! Kejap jer dorang gaduh tu! lepas tu baik laa! hehehe  Bergaduh sebab berebut apa nama menatang nih tah... err... alaa yang letak kat tingkap nak tahan panas ke silau matahari tu.. apa nama tah.. huhuhu Sorang ni tarik dengan tangan... sorang ni gigit tak nak lepaskan... yang sorang ni memerhatikan kakak kakak dorang bergaduh... bila dah selesai bergaduh rebut penahan cahaya matahari tu.. rebut buku pulak!!! haishh!! lantak laa anak anak.. janji tak kacau abah nak bawa kereta!! Sempat laa snap gambar dorang gaduh tadi! kekeke Suka aku!!!

Macam nak main bowling!

Haa.. tadi ada budak opis ajak main bowling, diorang suruh bawa AMRAFAHAN, diorang nak jaga.. hehehe... aku tak tau laa boleh control dorang ke tak nanti... Lagipun aku nak beli susu dengan pampers diorang.. dah abis kat rumah tu.. Alang alang dah keluar.. boleh laa main bowling.. hehehe.. Dah lama janji dengan abang nak bawa dia main bowling.. saja nak bawa dia seronok seronok.. tengoklah macam mana nanti... Kalau jadi main bowling nanti aku letak gambar si Abang main bowling hehehe

Sedih laa...

Pagi tadi aku hantar wife aku ke opis dia dulu sebab dia nak gerak dah ke Cherating.. Bila dia angkat beg dan barang barang dia masuk kereta opis jer... aku tengok Abang mata dah bergenang air mata... Auni Auni Auni dah menangis.. Sedih pula aku tengok.. yelah biasanya kami hantar diorang dulu baru masuk opis... abang tadi sibuk nak ikut mama dah keluar kereta tak nak masuk kereta balik dah..  Ermm.. aku tau, kalau wife aku pergi terus macam tu, budak budak tu akan meraung sekuat kuatnya.. jadi aku suruh wife aku masuk kereta hantar dorang dulu ke taska baru laa boleh gerak ke Cherating.. kalau tak 4 4 menjerit dalam kereta jenuh aku nak pujuk...  Bila dah sampai taska hantar diorang ke taska barulah ok sikit.. takdelah nak menangis meraung bagai.. Alhamdullillah dorang sampai taska terus jer masuk.. takde laa nak menangis nak ikut aku or wife.. Cabaran nanti bermula balik kerja petang karang.. Harap harap tak de laa meragam ke apa.. risau gak aku.. huhuhu... Hari Sabtu nanti baru w

Mengidam makan durian!

Imej
As salam dan selamat pagi, Semalam lepas ambil AMRAFAHAN dari sekolah kami ke pasar malam presint 2 putrajaya.. Mama mengidam nak makan durian.. Haaa.... mengidam tu!!!... Dia yang cakap laa.. tapi masa tu dia tengah bulan mengambang! kekeke... Saje jer laa tu.. Sampai jer kat parking baru teringat stroller kami tak bawa sebab basuh, lepas tu selipar Auni Auni Auni ni ada sepasang jer.. lagi 2 tertinggal kat rumah... Disebabkan nak juga makan durian dan tak mau bawa balik rumah.. nak makan kat tempat jual durian tu, sanggup dukung Auni Auni Auni ke pasar tu.. si Abang kena laa berjalan.. Tak larat nak dukung sepanjang masa huhuhu... Tapi sebab tak larat nak dukung Auni Auni Auni lelama.. kami pergi cari selipar dorang juga.. Masa tengah cari kedai kasut tu lalu laa depan kedai mainan... aku dah kedepan dengan Auni Auni... Mama tersangkut kat kedai mainan tu sebab si abang nampak otomen.. huhuhu... Aku patah balik laa nak pujuk... pujuk punya pujuk.. abang jawab bahasa taska dia.. &

Bapa tinggal!!

Yerr!!! Bapa tinggal!! bukan bapa tunggal yer.. kenapa bapa tinggal? Sebab esok aku dan AMRAFAHAN akan ditinggalkan oleh wife aku sebab dia kena berkursus lagi.. kali ni dia pergi Cherating.. Mula esok sampai hari Sabtu aku akan jadi bapa tinggal lagi !! Huhuhu... kompom aku bertukar menjadi huru hara bila mama takde nih... macam sebelum nih... Takpelah.... aku terima jer... lagipun bukan tak biasa... saje ngada ngada lebih jer aku nih... Huhuhuhu... Bukan susah pun sekarang nak jaga AMRAFAHAN bila dah besar nih... dah senang sikit laa dari dulu.. dah paham cakap kita, banyak dah boleh buat sendiri... contohnya minum susu sendiri.. makan sendiri .. nak pegang sudu sendiri tu.. tak bagi abah suapkan.. bukak pampers sendiri.. pastu berak kat lantai bilik sendiri... huhuh... pastu abah yang kena cuci sendiri... waaaaa!!!! takpe takpe... small matters jer.. InsyaAllah aku boleh jaga diorang..!!! Yaaa kita tunggu nanti apa perangai baru dorang nih bila duduk dengan abah dorang nih! ye

Apa kes bro!!!

Imej
Ni tengah marah ke apa ni? Siap cekak pinggang lagi nih?!!! Huhuhu anakk abah... macam macam perangai sekarang... Aksi ini dibawakan oleh err... Auni... err.. Auni... err.... Auni Naqibah kot?!! huhuhu... abah terlupa! yess!! abah tak ingat sapa! Mama sila komen! huhuhu... Aksi ini ditangkap oleh kamera tipon aku semasa perjumpaan kembar hari tu! This is best bro!!

Pagi pagi dah bikin panas!!

Imej
As salam, selamat pagi! Pagi ni sebelum pergi kerja dah ada kejadian panasssss berlaku! nak share kat sini macam tak patut.. tapi takpelah... aku share supaya kita dapat pengajaran dari kejadian yang berlaku nih...

Gambar beramah mesra dengan geng kembar!

Imej
Semalam aku ada beritau aku sekeluarga nak pergi beramah mesra dengan geng kembar kan.. Haa... kat sini gambar gambar yang sempat ambil. Mengikut kiraan aku, ada 16 keluarga kembar yang hadir.. Memang kecoh dan penuh McD tu! Bila kami sampai tu dah ada ramai geng kembar yang dah sampai. Ada geng kembar yang aku pernah jumpa semasa gathering sebelum nih .. ada yang pertama kali jumpa. Anak anak sibuk nak main kat taman permainan McD tu.. tak boleh nak kawal.. lagi lagi si Abang... suka hati dia jer nak pergi mana.. nak lari ker.. huhuhu... Selepas jumpa tu, ada sessi pemberian tudung dan shawl secara percuma oleh EEDAZ Collection pemiliknya adalah ibu kembar 2 perempuan Puan Syuraida. Kaum ibu seronok laa dapat hadiah nih! Terima kasih yer  EEDAZ Collection !! Lepas tu bila penganjur sampai Puan Nora, dijamu kami dengan Apam Polkadot Specialnya itu! Sedap!! Budak budak suka! Mak bapak budak lagi laa suka!! hehehe Macam macam perasa inti dalam tu!! Terima kasih yer Nora Aurora!! Se

Dapat kembar 3 selepas 6 tahun

Waaaa bertambah lagi geng kembar tiga nih!!!! Seronoknya!! Semoga baby sihat dan selamat! InsyaAllah Dapat kembar 3 selepas 6 tahun Oleh SALMAN HAMAT JOHOR BAHRU: Penantian sepasang suami isteri untuk mendapat cahaya mata sejak enam tahun lalu berbaloi apabila dikurniakan anak kembar tiga yang selamat dilahirkan di Hospital Pakar Regency, Pasir Gudang, di sini, jam 10.37 pagi, Khamis lalu. Bapa kembar tiga itu, Ahmad Fisol Rejab, 33, berkata dia bersyukur dengan kehadiran dua bayi perempuan dan seorang lelaki yang dilahirkan melalui pembedahan. Katanya, kecekapan doktor menguruskan pembedahan itu membolehkan isterinya, Rusmiyati Kamaruddin, 31, selamat melahirkan tiga anak mereka dalam tempoh selang seminit setiap bayi. “Memang gementar untuk bergelar ayah buat pertama kali, terutama selepas sekian lama menunggu, inikan pula dikurniakan tiga anak sekali gus. “Ia menjadikan tanggungjawab sebagai bapa lebih berat, namun saya sedia memikul tanggungjawab ini. Hingga kini saya da

Beramah mesra dengan geng kembar!

InsyaAllah petang karang kami nak join gathering geng kembar anjuran Group Dunia Kembar di FB. Rasanya lagi ramai dari gathering berkelah hari tu.. Nanti nak jumpa di McD IOI Mall Puchong. Mesti penuh mekdi tu nanti.. Hehehe.. Mesti meriah dan kecoh! Ada antara geng kembar kami pernah jumpa, ada yang baru nak jumpa... Harap harap event tu berjalan dengan lancar laa... Nanti aku upload gambar kat sini yer! Location : Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya, Federal Territory of Putrajaya, Posted via Blogaway